Tuesday 20 November 2012

Kokain Dalam Kotak Santan

Sumber Gambar: google.com

KUALA LUMPUR: Kartel dadah Amerika Latin dikesan menjadikan pelabuhan Malaysia sebagai lokasi transit kokain bernilai jutaan ringgit untuk diseludup ke negara lain dengan taktik menyembunyikan dadah berkenaan dalam kontena yang diisytihar sebagai barang makanan.
Taktik berkenaan terbongkar selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapat maklumat daripada Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat mengenai sebuah kapal membawa kontena berisi dadah berlabuh di Pelabuhan Klang, dekat sini. 
Hasil serbuan terhadap kapal itu jam 2 pagi pada 12 November lalu, polis menemui larutan kokain dianggar seberat 76 kilogram bernilai RM22 juta dalam tin yang dilabelkan santan kelapa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor dan Jabatan Kimia itu bagaimanapun tidak membuat tangkapan.

“Hasil pemeriksaan, sebuah kontena yang dipenuhi 980 kotak mengandungi makanan dalam tin dilabel sebagai santan dan ketulan nanas. Sebanyak 384 tin santan kelapa didapati mengandungi dadah jenis kokain.

Dadah Oh Dadah..Kat mana2 pon kau nyorok yer

Sumber Hmetro.com.my


2 comments: