Tuesday 27 November 2012

Ibu Empat Anak Terputus Kaki 18SX


KUALA TERENGGANU: “Tidak saya duga begini pengakhirannya,” kata Sumaiyah Dasir, 52, yang putus kaki kanan selepas hasratnya untuk meringankan beban suami dengan mengambil upah meroboh pagar di Taman Huda, Dungun berakhir tragedi apabila tiang simen sebesar pemeluk itu menghempap kaki dan badannya.
Berikutan kejadian berkenaan, ibu empat anak itu terpaksa menerima hakikat cacat seumur hidup apabila kaki kanannya hancur dan gagal disambung semula akibat dihempap pagar batu.

Menceritakan detik cemas itu, Sumaiyah yang ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang pada 4 November lalu, dia menggunakan mesin pemecah batu untuk merobohkan tiang pagar sebuah rumah banglo.
Namun malang, katanya, belum lagi habis ditebuk, tiang simen yang tidak mempunyai besi cerucuk itu tumbang dan menghempap kaki kanan serta badannya.

“Sepatutnya suami saya yang bekerja di situ namun disebabkan dia ditimpa kemalangan dan berehat sementara waktu, saya mengambil alih kerjanya untuk menampung perbelanjaan kami berdua di sini.

“Namun hasrat saya untuk membantunya hanya bertahan beberapa hari apabila saya pula ditimpa kemalangan di tempat kerja.

Tiang pagar yang agak berat menghempap kaki saya sebelum ia jatuh atas badan sehingga terpaksa meminta bantuan daripada rakan lain untuk mengangkat tiang simen itu,” katanya yang berasal dari Madura, Indonesia.


Sumaiyah berkata, hentakan tiang berkenaan menyebabkan kaki kanannya terputus dan dihantar ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Sumber:hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment