Sunday 10 March 2013

2 ANGGOTA PGA CEDERA BERBALAS TEMBAK DENGAN PENGGANAS

2 Anggota PGA Cedera Berbalas Tembak Dengan Pengganas


Bermula jam 8 malam hingga 4 pagi tadi, telah berlaku kejadian tembak menembak di kawasan operasi yang mana 2 pegawai pasukan keselamatan telah mengalami kecederaan akibat ditembak oleh pihak penceroboh. Setakat ini tiada kematian dilaporkan dikedua-dua belah pihak.
Jumlah tangkapan setakat hari ini, seramai 85 orang penceroboh telah ditangkap dan semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130c (1) (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Security Offences (Special Measures) Act 2012.
Kawasan di Lahad Datu telah beransur pulih dan pihak PDRM menasihatkan kepada orang ramai agar tidak percaya kepada khabar-khabar angin yang tersebar. – FB PDRM

KLIP LELAKI DIDAKWA PEROGOL DITAHAN POLIS TERSEBAR

perogol


Di mana dan bila kejadian ini penulis tidak pasti.
Yang pasti penulis bukan orang pertama memuat naik bahan ini kerana ia sangat tersebar di media sosial terutama Facebook.
Serba salah juga penulis hendak kata…lelaki ini baru ditahan….proses siasatan dan keadilan masih panjang…
Ya dia merogol atau tidak akan ditentukan melalui proses siasatan dan bukannya melalui hukuman awam macam ni…

MEDIA KANADA PULA ZAHIRKAN ANWAR DALANG LAHAD DATU

media kanada


Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil tindakan saman ke atas TV3 dan Utusan Malaysia agar tidak mensabitkan nama beliau dalam isu pencerobohan pengganas di Sabah, namun itu tidak dapat menghalang media seluruh dunia melaporkan apa yang mereka rasa benar.
Pendakwaan terpilih ini memang sukar untuk diterima…
Selain media Filipina dan badan perisikan negara itu yang mendakwa Anwar terbabit, terkini, sebuah media berpengkalan di Kanada juga membuat dakwaan yang sama.

FIZO OMAR DAN FAUZI DIKAITKAN KES CABUL CARMEN




Fizo Omar Dan Fauzi Dikaitkan Kes Cabul Carmen
Namun begitu mereka berdua menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan ianya tiada kaitan langsung dengan kehidupan mereka.




Carmen Chew Richy, 22 dakwa dicabul dan diajak ke ranjang oleh seorang pengarah
Melalui Metro Ahad hari ini, Fizo berkata: "Kenapa perlu babitkan saya dalam hal ini, sedangkan saya langsung tidak ada kena mengena. Tuduhan itu boleh menjejaskan nama baik saya."

Fizo juga mendakwa beliau tidak mengenali pengarah yang dimaksudkan oleh Carmen.

Fauzi Nawawi pula berkata: "Tidak perlu 'memetik' dan mengaitkan saya salam perkara ini, tambahan pula saya tak pernah berjumpa kedua-dua mereka. Ini hanya fitnah dan tuduhan melulu," katanya.

Fauzi menyifatkan tindakan pengarah terbabit seperti 'menjolok sarang tebuan'.