Friday 23 November 2012

[AkuBuntuSoft]Dr.Web CureIt Perisian Pengesan Virus Ringkas

As-Salam,Apa khabar semua pembaca setia AkuBuntuv2,Ada ke yang Membaca? Nie kes syok sendiri la ni..Harap-harap semua sihat belaka,Okay hari ni Admin nak share satu software yang amat berguna untuk dijalankan pada komputer yang sedang dijankiti virus,Seperti yang kita tahu,bukan semua antivirus dapat mengesan semua virus. Walaupun anda menggunakan Perisian AntiVirus yang paling bagus sekalipun,kerana ada banyak masalah yang sedia ada seperti database antivirus tidak sama contohnya terdapat dua virus,(VirusA) dan (VirusB),Perisian Antivirus A,Dapat mengesan Virus B dan tidak mengesan virus A kerana database nya masih belum lagi diupdate tentang kemunculan virus A,Begitu juga sebaliknya

Ada beberapa kaedah yang dapat digunakan bagi mengelakkan virus daripada menceroboh Sistem Operasi anda,antaranya seperti menggunakan SandBoxing,Virtual Machines,Atau pun boleh menggunakan beberapa antivirus lain untuk mengscan file anda


Dr.Wed CureIT adalah satu perisian Antivirus yang dapat digunakan bagi memeriksa sistem operasi Windows. Perisian ini tidak perlu di install,hanya perlu dijalankan selepas  dimuatturun, Dr.Wed dapat mengesan dan  membuang virus,rootkit,trojan, dan pelbagai perisian yang bahaya terhadap sistem anda.

Dr.Wed CureIt adalah perisian yang berguna kepada penguna yang mahukan Sistem Operasi mereka bebas daripada virus dengan cepat. Bayangkan anda tidak perlu menginstall perisian ini,hanya perlu download dan jalankannya.

Cara menggunakan,hanya perlu download pada link yang diberikan dan Jalankan perisian tersebut dan klik scan

Perisian ini boleh didapati Di sini

Ps<> Saya Mengsarankan anda melakukan Full Scan supaya perisian ini dapat mengesan semua virus didalam komputer Anda.
Ps<>Ada Saranan lain?.Sila komen dibawah..Terima kasih sebab Sudi Membaca Artikel kali ini


0 comments:

Post a Comment