Tuesday 20 November 2012

[UPSR]45,054 calon dapat semua A

Sumber : www.google.com

PUTRAJAYA: Seramai 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mendapat keputusan Cemerlang (5A), berbanding 46,012 calon tahun lalu dan angka itu menunjukkan penurunan 0.54 peratus.
Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) keseluruhan calon UPSR tahun ini juga menurun 0.01 mata, daripada 2.30 mata tahun lalu kepada 2.31 mata tahun ini. 
Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum meningkat 0.54 peratus iaitu daripada 2.88 peratus pada 2011 kepada 3.42 peratus tahun ini.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na’imah Ishak berkata, kajian terperinci akan dilakukan Pejabat Pelajaran Negeri dan sekolah untuk meneliti penurunan pencapaian UPSR tahun ini.

0 comments:

Post a Comment