Showing posts with label [AkuBuntuGosip]. Show all posts
Showing posts with label [AkuBuntuGosip]. Show all posts

Sunday, 10 March 2013

DADA NASHA AZIZ HANYA DITUTUPI BUNGA


Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kisah mengenai gambar intim model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang jejaka sewaktu di sebuah konsert sempena sambutan malam tahun baru yang lalu, masih hangat diperkata ramai. Bertebaran gosip mendakwa jejaka itu adalah Nur Iman Tang (Iman Tang), lelaki yang pernah dikaitkan dengan selebriti jelita ini, satu ketika dulu.

Bertemu dengan Nasha pada majlis pertunjukkan fesyen sempena pelancaran perisa terbaru ais-krim Magnum, Malaysian Digest.com berkesempatan bertanyakan kepada empunya badan mengenai sejauh mana kebenaran dakwaan cintanya bersama lelaki itu kini kembali bertaut.
“Oh, tentang gambar itu, sudah lama. Kebetulan dia ada terlibat dengan konsert itu. Saya pula suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama.

“Antara kami tidak pernah ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal saya kembali semula pada dia dan sebagainya. Perhubungan kami adalah sebagai teman rapat. Kawan adalah kawan. Saya mempunyai ramai kawan dan dia salah seorang teman rapat saya”, katanya Nasha Aziz.

Manakala mengulas pula tentang aksi mereka sewaktu di konsert tersebut yang dilihat cukup mesra bagaikan pasangan kekasih, kata pelakon yang pernah membintangi filem Laila Isabella ini,

“Tentang itu? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya”, ujarnya.


Nasha juga mengakui dia kini masih solo dan seorang yang cukup memilih baik soal percintaan mahupun hal-hal yang berkaitan dengan kariernya.

“Saya masih solo. Memang saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip saya seajk dari dulu. Kalau nak kata ‘mr. right now’, memang banyak… tapi kalau ‘mr. right forever’, setakat ini saya belum jumpa lagi”, katanya dengan nada bergurau. - MD

Thursday, 22 November 2012

Majlis Perkahwinan Apex,Leuniey Terima Tajaan RM300,000


KUALA LUMPUR, 22 NOV 2012: Bakal melangsungkan pernikahan pada 28 Disember ini, penjaga gol kebangsaan, Khaiul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan Apex bersama pasangannya, Leuniey Natasha bakal menerima beberapa tajaan yang berjumlah sehingga RM300 000.
Sumber: google.com
Jumlah tajaan secara kasar itu telah dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Razif Rosdi dalam sidang media perkahwinannya yang berlangsung di The Royale Bintang, Damansara, petang semalam.
"Sebenarnya kami sendiri belum tahu sepenuhnya jumlah sebenar tajaan yang diterima Apex kerana masih ramai lagi pihak yang berminat yang mahu memberikan penajaan kepadanya. Namun secara kasarnya saya boleh anggarkan jumlahnya dalam RM300 000," katanya.
Sementara itu, Apex memberitahu dia sangat berbesar hati menerima segala tajaan yang diberikan kepadanya untuk hari bersejarahnya nanti.
"Saya amat berterima kasih kepada semua yang sudi menaja perkahwinan saya serta juga kepada Astro Ria yang akan menjadi penyiar rasmi untuk majlis nikah dan perkahwinan saya selain Era FM dan THR Gegar FM yang akan menjadi radio rasmi," beritahunya.
Penajaan itu turut meliputi sekitar 3 majlis respsi mereka iaitu di sebelah pihak perempuan yang akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Disember 2012, serta majlis persandingan sebelah lelaki di kediaman Apex di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2013 dan sebuah majlis resepi khas di The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013.
Keempat-empat majlis perkahwinan mereka bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyair rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey di Astro Ria (saluran 104) dijangka seminggu selepas majlis respsi terakhir mereka pada Januari tahun depan.
Mewarnai perkahwinan ini, portal murai.com.my tampil menjadi portal rasmi perkahwinan dengan menerbitkan sebuah program online isitimewa dengan kerjasama LH Media TV yang menjadi sinemafotografi rasmi persandingan serta The Photolicious (fotografi rasmi)

Ps<>Untung Apek dapat tajaan untuk majlis kahwin,Best juga jadi pemain bola sepak nie ea.?.Kahwin Pon orang taja..