Tuesday 27 November 2012

Assassin’s Creed III-Black Box Full Download


Designed from the ground up over more than two years, Assassin’s Creed III takes one of gaming’s most beloved franchises to new heights.
The year is 1775. The American colonies are about to revolt. You are Connor, an assassin who has sworn to secure liberty for his people and his nation. To do so, you will hunt your enemies across a staggeringly large, open, and realistic world. You will unleash your lethal skills in a violent quest that will take you from chaotic city streets to blood-soaked battlefields in the hostile American wilderness and beyond. You will meet legendary heroes of American history, and together you will conspire to annihilate those who threaten Liberty itself.
Whether you use your predatory instincts to kill silently, or your fearsome arsenal to kill openly, one thing is clear: the world that the Assassins live in has become far more deadly. And so have you.
Ps<>X rugi download game nie,Memang puas hati main..try la sendiri
Download via torrent Torrent

Ibu Empat Anak Terputus Kaki 18SX


KUALA TERENGGANU: “Tidak saya duga begini pengakhirannya,” kata Sumaiyah Dasir, 52, yang putus kaki kanan selepas hasratnya untuk meringankan beban suami dengan mengambil upah meroboh pagar di Taman Huda, Dungun berakhir tragedi apabila tiang simen sebesar pemeluk itu menghempap kaki dan badannya.
Berikutan kejadian berkenaan, ibu empat anak itu terpaksa menerima hakikat cacat seumur hidup apabila kaki kanannya hancur dan gagal disambung semula akibat dihempap pagar batu.

Menceritakan detik cemas itu, Sumaiyah yang ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang pada 4 November lalu, dia menggunakan mesin pemecah batu untuk merobohkan tiang pagar sebuah rumah banglo.
Namun malang, katanya, belum lagi habis ditebuk, tiang simen yang tidak mempunyai besi cerucuk itu tumbang dan menghempap kaki kanan serta badannya.

“Sepatutnya suami saya yang bekerja di situ namun disebabkan dia ditimpa kemalangan dan berehat sementara waktu, saya mengambil alih kerjanya untuk menampung perbelanjaan kami berdua di sini.

“Namun hasrat saya untuk membantunya hanya bertahan beberapa hari apabila saya pula ditimpa kemalangan di tempat kerja.

Tiang pagar yang agak berat menghempap kaki saya sebelum ia jatuh atas badan sehingga terpaksa meminta bantuan daripada rakan lain untuk mengangkat tiang simen itu,” katanya yang berasal dari Madura, Indonesia.


Sumaiyah berkata, hentakan tiang berkenaan menyebabkan kaki kanannya terputus dan dihantar ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Sumber:hmetro.com.my

Friday 23 November 2012

[AkuBuntuSoft]Dr.Web CureIt Perisian Pengesan Virus Ringkas

As-Salam,Apa khabar semua pembaca setia AkuBuntuv2,Ada ke yang Membaca? Nie kes syok sendiri la ni..Harap-harap semua sihat belaka,Okay hari ni Admin nak share satu software yang amat berguna untuk dijalankan pada komputer yang sedang dijankiti virus,Seperti yang kita tahu,bukan semua antivirus dapat mengesan semua virus. Walaupun anda menggunakan Perisian AntiVirus yang paling bagus sekalipun,kerana ada banyak masalah yang sedia ada seperti database antivirus tidak sama contohnya terdapat dua virus,(VirusA) dan (VirusB),Perisian Antivirus A,Dapat mengesan Virus B dan tidak mengesan virus A kerana database nya masih belum lagi diupdate tentang kemunculan virus A,Begitu juga sebaliknya

Ada beberapa kaedah yang dapat digunakan bagi mengelakkan virus daripada menceroboh Sistem Operasi anda,antaranya seperti menggunakan SandBoxing,Virtual Machines,Atau pun boleh menggunakan beberapa antivirus lain untuk mengscan file anda


Dr.Wed CureIT adalah satu perisian Antivirus yang dapat digunakan bagi memeriksa sistem operasi Windows. Perisian ini tidak perlu di install,hanya perlu dijalankan selepas  dimuatturun, Dr.Wed dapat mengesan dan  membuang virus,rootkit,trojan, dan pelbagai perisian yang bahaya terhadap sistem anda.

Dr.Wed CureIt adalah perisian yang berguna kepada penguna yang mahukan Sistem Operasi mereka bebas daripada virus dengan cepat. Bayangkan anda tidak perlu menginstall perisian ini,hanya perlu download dan jalankannya.

Cara menggunakan,hanya perlu download pada link yang diberikan dan Jalankan perisian tersebut dan klik scan

Perisian ini boleh didapati Di sini

Ps<> Saya Mengsarankan anda melakukan Full Scan supaya perisian ini dapat mengesan semua virus didalam komputer Anda.
Ps<>Ada Saranan lain?.Sila komen dibawah..Terima kasih sebab Sudi Membaca Artikel kali ini


Polis tahan 17 lelaki berhubung kes kematian buruh warga Myanmar


GEORGETOWN: Polis telah menahan 17 lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki warga Myanmar maut dalam satu pergaduhan di Kampung Ujung Batu, Butterworth pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kesemua lelaki berusia 20-an itu ditahan secara berperingkat di sekitar Pulau Pinang sejak hari kejadian pergaduhan itu. 
Sumber: google.com
"Mereka kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan dan polis percaya dengan penangkapan 17 lelaki itu telah berjaya menyelesaikan kes pergaduhan sehingga menyebabkan warga Myanmar terbabit maut.

"Laporan lengkap berhubung kejadian itu akan dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya, " katanya kepada pemberita selepas Program Community Policing bersama penduduk Pulau Aman, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi. - Bernama

Ps<>Kadang-Kadang Warga Myanmar nie suka juga buat kacau,Minum arak,pastu mabuk,dan pecah umah orang

Mengapa Cristiano Ronaldo Membantu Palestine


SEPANYOL, 23 NOV 2012: Prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestine selama ini, pemain bola sepak yang kacak dan popular iaitu Cristiano Ronaldo bersama rakan-rakannya di Real Madrid telah berusaha untuk membantu dengan menderma sejumlah wang besar terhadap kanak-kanak di negara itu.

Usaha Cristiano Ronaldo yang cukup murni ini telah dimulakan sejak tahu lalu lagi, malah pemain sayap kanan Real Madrid itu juga telah mendermakan kasut emas yang dimenanginya itu kepada Palestine.

Namun, tentu ada yang tertanya-tanya mengapa Cristiano Ronaldo begitu beriya-iya membantu Palestine? Jawapannya, dia percaya bahawa Palestine harus mendapatkan hak kebebasanya sendiri sebagai sebuah negara.
Seperkara lagi, dia benci melihat kanak-kanak di Palestine terpaksa melalui keadaan yang sama seperti apa yang dilaluinya bersama keluarganya sebelum dia berjaya menjadi antara pemain bolas sepak yang menerima bayaran tertinggi di dalam bidang sukan ini.

Yang mana, dia dan keluarga terpaksa hidup di dalam kemiskinan. Walaupun tidak pernah melalui suasana peperangan, namun kehidupan Cristiano Ronaldo dan keluarganya pada masa itu memang sangat daif.
Jadi, disebabkan itu, dia mahu melihat kanak-kanak Palestine ini hidup dalam suasana yang lebih baik serta bebas.
Setakat ini, banyak yang telah dilakukan oleh Cristiano Ronaldo termasuklah melelong kasut-kasut sukan yang didermakan kepada Yayasan Real Madrid yang sememangnya ditubuhkan untuk mengutip dana bagi membantu membina sekolah-sekolah di tebing Gaza.

Menariknya, hasil daripada yang dikutip itu, Yayasan Real Badrid bercadang untuk membina 8 buah sekolah di wilayah Palestine yang mana ia akan dibiayai yayasan ini sepenuhnya.

Sumber: murai.com.my

Thursday 22 November 2012

[ResepiBuntu]Ayam Goreng Tepung Adabi



Bahan :


ayam


cili merah ( ditumbuk ) dan halba


tepung goreng ayam jenama adabi


telur

Cara membuatnya Ayam Goreng Tepung Adabi


Gaulkan ayam dengan tepung goreng ayam ,cili merah ditumbuk dan halba .


Cara memasak Ayam Goreng Tepung Adabi:

 1 )Panaskan kuali terlebih dahulu .

2) Celupkan ayam yang telah digaul tadi dengan telur .


3 ) Lepas tu , masukkan ayam yang telah dicelup dengan telur ke dalam kuali .

4 ) Buka api yang  perlahan . Nanti hangit pulak ayam tu .

5 ) Tunggu sampai ayam tu masak .

6 ) Agak- agak ayam tu dah betul - betul masak , letakkan ayam yang telah masak tu kat pinggan .

7) Sediakan untuk dihidangkan .




<ps>..Sedap dimakan bersama sos cili dan melayan movie-movie

Majlis Perkahwinan Apex,Leuniey Terima Tajaan RM300,000


KUALA LUMPUR, 22 NOV 2012: Bakal melangsungkan pernikahan pada 28 Disember ini, penjaga gol kebangsaan, Khaiul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan Apex bersama pasangannya, Leuniey Natasha bakal menerima beberapa tajaan yang berjumlah sehingga RM300 000.
Sumber: google.com
Jumlah tajaan secara kasar itu telah dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Razif Rosdi dalam sidang media perkahwinannya yang berlangsung di The Royale Bintang, Damansara, petang semalam.
"Sebenarnya kami sendiri belum tahu sepenuhnya jumlah sebenar tajaan yang diterima Apex kerana masih ramai lagi pihak yang berminat yang mahu memberikan penajaan kepadanya. Namun secara kasarnya saya boleh anggarkan jumlahnya dalam RM300 000," katanya.
Sementara itu, Apex memberitahu dia sangat berbesar hati menerima segala tajaan yang diberikan kepadanya untuk hari bersejarahnya nanti.
"Saya amat berterima kasih kepada semua yang sudi menaja perkahwinan saya serta juga kepada Astro Ria yang akan menjadi penyiar rasmi untuk majlis nikah dan perkahwinan saya selain Era FM dan THR Gegar FM yang akan menjadi radio rasmi," beritahunya.
Penajaan itu turut meliputi sekitar 3 majlis respsi mereka iaitu di sebelah pihak perempuan yang akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Disember 2012, serta majlis persandingan sebelah lelaki di kediaman Apex di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2013 dan sebuah majlis resepi khas di The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013.
Keempat-empat majlis perkahwinan mereka bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyair rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey di Astro Ria (saluran 104) dijangka seminggu selepas majlis respsi terakhir mereka pada Januari tahun depan.
Mewarnai perkahwinan ini, portal murai.com.my tampil menjadi portal rasmi perkahwinan dengan menerbitkan sebuah program online isitimewa dengan kerjasama LH Media TV yang menjadi sinemafotografi rasmi persandingan serta The Photolicious (fotografi rasmi)

Ps<>Untung Apek dapat tajaan untuk majlis kahwin,Best juga jadi pemain bola sepak nie ea.?.Kahwin Pon orang taja..

Wednesday 21 November 2012

[AkuBuntuSoft]CCleaner 3.2 Business Edition

As-Salam,Semalam saya ada mengpost satu software yang dapat menolong anda membersihkan sisa-sisa di komputer anda[Advance System Care 6],dan hari ini saya akan share kan software yang menjadi pengsaing software tersebut iaitu CCleaner 3.2.2 Business Edition
 versi berbayar),sama seperti Advance System Care 6,software ini juga digunakan bagi melancarkan komputer anda,ia juga dapat membantu anda membersihkan sampah-sampah yang tidak penting didalam komputer anda antanya seperti file-file registry yang lama dan banyak. Antara yang bestnya software ini,hanya satu klik dapat memadam history pelayar internet anda. Kalau Nak tahu lebih lanjut tentang software ini boleh ke Sini Piriform.com

Untuk Download Software Anda boleh klik DOWNLOAD CCleaner 3.2 Business Edition
Link Password : akubuntuv2.blogspot.com

Polis rampas dadah bernilai RM68,100 di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Polis merampas sejumlah 2.568 kilogram dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM60,000 dan 27.5 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM8,100, dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Kampung Sungai Division, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalil Ariffin berkata susulan serbuan yang dijalankan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada jam 10.15 malam itu, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan. 
Dadah Heroin
"Selain kedua-dua jenis dadah iaitu heroin dan syabu yang dibungkus dalam paket-paket plastik lutsinar dalam saiz kecil dan besar, siasatan lanjut turut membawa kepada penemuan alat penimbang pelbagai jenama, mesin pembungkus serta tiga telefon bimbit.

"Turut ditemui ialah wang tunai yang jumlah keseluruhannya RM2,167," katanya pada sidang media di sini, hari ini. - Bernama

AES kekal, tiada cadangan beri diskaun saman




KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang memansuhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mahupun memberi diskaun saman kepada pesalah trafik yang dikesan menerusi sistem itu.
   
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menegaskan bahawa sistem AES bukan untuk menghukum tetapi bagi mengajar pengguna jalan mematuhi undang-undang dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut.
   
Sejak fasa pertama sistem kamera AES dipasang pada 22 September lepas, ada penurunan sehingga 70 peratus bilangan mereka yang melanggar had laju dan melanggar lampu isyarat, katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
   
Cho Ha berkata, pelaksanaan AES telah dikaji daripada segala aspek termasuk kepakaran memperbaiki, menyelenggara peralatan AES dan kaedah mengelakkan wujudnya vandalisme.
   
Katanya beliau berasa amat kecewa dengan tindakan segelintir wakil rakyat pembangkang yang didakwa memutarbelitkan fakta mengenai AES.

"Pembangkang mendakwa seolah-olah dua syarikat yang terbabit dalam AES mengaut keuntungan berlebihan sebaliknya mereka perlu sedar bahawa sebenarnya proses pemilihan (syarikat) dijalankan secara telus.
   
"Kedua-dua syarikat itu hanya penyedia perkhidmatan manakala penguatkuasaan pula dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.
   
Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri pula berkata kandungan perjanjian antara kerajaan dengan dua syarikat penyedia perkhidmatan AES itu adalah rahsia dan sulit serta mengguna pakai Akta Rahsia Rasmi.
   
Terdahulu, semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa, Kong berkata cadangan untuk memberi diskaun kepada pesalah trafik yang dikenakan saman melalui AES akan dikaji walaupun pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai sistem untuk berbuat demikian.
   
"Jadi, cadangan itu kita akan ambil kajian," katanya ketika menjawab gesaan anggota Parlimen Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) sama ada kementerian akan membuat kajian berhubung cadangan tersebut demi kepentingan rakyat.
   
Beliau juga berkata, kaedah pembayaran saman yang dikesan melalui AES akan diperluaskan apabila pembayarannya boleh dibuat di pejabat pos, melalui MYEG dan secara atas talian.
   
Mengenai tuduhan sesetengah pihak bahawa kerajaan menswastakan penguatkuasaan kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat, Kong berkata ia adalah tidak benar sama sekali.
   
Katanya, ini kerana kedua-dua syarikat itu meerupakan penyedia perkhidmatan yang hanya bertanggungjawab untuk membangunkan, menyelenggara dan mengoperasikan sistem AES.
   
Katanya, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, semua saman adalah dikeluarkan oleh JPJ yang ditempatkan di Pusat Kawalan AES dan di bawah perjanjian di antara kerajaan dan pihak penyedia perkhidmatan, sistem tersebut akan diserahkan kepada kerajaan selepas lima tahun ia beroperasi.
   
"Sebenarnya pelaksanaan AES ini telah diberi pertimbangan sedalam-dalamnya oleh kerajaan dan jika kerajaan tidak melantik pihak syarikat swasta secara kaedah penyumberan luar, ia terpaksa memberi pertimbangan kepada masalah dari segi penyelenggaraan, risiko vandalisme, kecurian peralatan, teknologi yang berubah, alat ganti dan penyediaan dalam mengoperasi dan menyelenggarakan sistem ini," katanya. - Bernama


PS<>Admin pun kalau drive kompen2 lebih 130KM/H,Nasib baik la di Kuantan masih belom ada lagi AES nie

Tuesday 20 November 2012

Iorbit Razer Games booster 3.5.6 Beta

As-Salam.Waktu Sekarang Menunjukkan Pukul 7.17Am,Masih awal,tapi nak buat macam mana,mata dah taknak tidor,Jadi hari ni saya hendak berkongsi satu software,Software ini masih lagi di dalam

[UPSR]45,054 calon dapat semua A

Sumber : www.google.com

PUTRAJAYA: Seramai 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mendapat keputusan Cemerlang (5A), berbanding 46,012 calon tahun lalu dan angka itu menunjukkan penurunan 0.54 peratus.
Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) keseluruhan calon UPSR tahun ini juga menurun 0.01 mata, daripada 2.30 mata tahun lalu kepada 2.31 mata tahun ini. 
Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum meningkat 0.54 peratus iaitu daripada 2.88 peratus pada 2011 kepada 3.42 peratus tahun ini.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na’imah Ishak berkata, kajian terperinci akan dilakukan Pejabat Pelajaran Negeri dan sekolah untuk meneliti penurunan pencapaian UPSR tahun ini.

Kokain Dalam Kotak Santan

Sumber Gambar: google.com

KUALA LUMPUR: Kartel dadah Amerika Latin dikesan menjadikan pelabuhan Malaysia sebagai lokasi transit kokain bernilai jutaan ringgit untuk diseludup ke negara lain dengan taktik menyembunyikan dadah berkenaan dalam kontena yang diisytihar sebagai barang makanan.
Taktik berkenaan terbongkar selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapat maklumat daripada Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat mengenai sebuah kapal membawa kontena berisi dadah berlabuh di Pelabuhan Klang, dekat sini. 
Hasil serbuan terhadap kapal itu jam 2 pagi pada 12 November lalu, polis menemui larutan kokain dianggar seberat 76 kilogram bernilai RM22 juta dalam tin yang dilabelkan santan kelapa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor dan Jabatan Kimia itu bagaimanapun tidak membuat tangkapan.

“Hasil pemeriksaan, sebuah kontena yang dipenuhi 980 kotak mengandungi makanan dalam tin dilabel sebagai santan dan ketulan nanas. Sebanyak 384 tin santan kelapa didapati mengandungi dadah jenis kokain.

Dadah Oh Dadah..Kat mana2 pon kau nyorok yer

Sumber Hmetro.com.my


[AkuBuntuSoft]Advance System Care 6

Sumber www.google.com
As-Salam..Di sebabkan aku xleh nak tidor..so aku share satu software yang aku rasa berguna untuk korang,iaitu Advance System Care 6..Aku guna Software nie sejak dari versi 4 lagi,dah lama.So aku tau software nie memang bagus untuk korang.Software nie digunakan untuk membersihkan sisa kat komputer korang bagi laju sikit,tak la lembab macam kura-kura yer tak?. Antara yang best software nie dia boleh clean kan sisa-sisa macam junk file pelayar internet korang yang bertambun sisa nya,So kalau nak tau lebih lanjut
boleh klik sini Advance System Care 6 Dan boleh Download kat sini Advance System Care Download. Korang klik aje Download Now

Klik Sini untuk Advance System Care 6 Pro Key

Dah siap?
layan lagu nie
Thcu Tcha Tcha

Aku Buntu

As-Salam..Hari nie 21-11-12,Bersamaan dengan hari Rabu..Aku sebenarnya seeorang yang suka mendiamkan diri dalam bilik,tak rasa boring,aku selalu blogwalking ala yang gi jengok-jengok blog orang 2..Lepas tu mula la rasa nak buat blog sendiri.So aku Try la buat.Aku buntu tak tau nk type ap lagi.So korang layan la lagu kat bawah nie yer..best
Dah habes?
Layan yang versi english pula
Yang bawah nie aku Mark (18SG)